Webinar FlourisHER - Webinar Kesihatan Wanita Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

9 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 8 April 2025, sesi Webinar FlourisHER - Webinar Kesihatan Wanita Sindrom Ovari Polisistik (PCOS): Fakta & Cara Mengatasinya telah diadakan. PCOS merupakan keadaan yang mempengaruhi fungsi ovari dan tahap hormon dalam tubuh wanita. Tiga ciri utama sindrom ini termasuk haid tidak teratur, kehadiran sista kecil pada ovari, dan tahap hormon androgen (hormon lelaki) yang tinggi.

Gejala biasa termasuk pertambahan berat badan, jerawat berlebihan, rambut tumbuh secara berlebihan di kawasan luar biasa (seperti muka dan dada), masalah kesuburan, dan gangguan emosi seperti kemurungan dan kebimbangan. Webinar ini telah disertai oleh Staf NADI Kampung Jerijeh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali